Jengka, Pahang Darul Makmur

Sorry, English Content Still Under Construction

http://www.im2000.50megs.com

Jengka Pahang

Pengenalan / Sejarah
Jengka – satu tempat terasing bagi mereka yang bias hidup di Bandar. Dengan keluasan lebih puluh ribuan hektar, masyarakat di Jengka telah begitu ampuh untuk menghadapi dunia penuh cabaran. Bertitik tolak daripada dasar pemilikan tanah yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Abdul Razak, kawasan yang terletak di tengah-tengah negeri Pahang Darul Makmur dengan tiga rancangan awal iaitu Kampung Awah (tempat lahir Siti Nurhaliza), Kampung Sg. Nerek, dan Kampung Ulu Jempol (kampung saya). Sehingga kini terdapat lebih 25 buah rancangan di kawasan Jengka.

Mitos 1
Tersebutlah kisah dua orang asli. Seorang lelaki dan perempuan. Mereka tinggal harmoni di sebuah teratak behampiran dengan sebatang sungai yang mengalir deras. Si suami memang bijak memburu, lantaran seharian beliau keluar mencari rezeki. Manakala si isteri pula, sambil menunggu kepulangan suaminya, bertenun kainlah sepanjang hari. Adapun alat yang digunakan oleh isterinya dipanggil jangka . Entah bagaimana pada suatu hari jatuhlah jangka itu ke dalam air, menangislah si isteri sehingga kepulangan suaminya. Mencarilah si suami apabila pulang, namun tidak menjumpainya, dan akhirnya ia dinamakan Sungai Jengka berdasarkan peristiwa ini.

Mitos 2
Adapun pada suatu hari, seorang perempuan asli telah terkena kerasukan yang amat teruk. Dia langsung tidak boleh menjejak tanah. Lantaran tok batin tempat tersebut berusaha untuk mengubatinya. Maka, dalam tafsirannya pesakit tadi perlu di bawa ke sebatang sungai tidak bernama untuk dimandikan. Lantara sebatang sungai yang mengalir deras telah dipilih di tengah rimba. Apabila mencecahnya kaki pesakit tadi ke air, ternampaklah orang ramai satu kelibat di dalam air. Maka berkatalah orang ramai “Jin ke tu?”. Dari sinilah Jengka mendapat nama.

Geografi
Kawasan ini diliputi hutan yang tebal pada awalnya. Ia merangkumi kawasan berjeram dan berbukit-bukau. Terdapat banyak gunung yang menjadi idaman pendakian antaranya Gunung Senyum, Gunung Jebak Puyuh, Bukit Nyamuk, dan lain-lain lagi. Ia merangkumi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Kawasan rekreasi utama adalah seperti Air Terjun Teladas, Lubuk U, dan Lubuk Ujid.

Infrastruktur
Jengka mempunyai pusatnya tersendiri iaitu di Bandar Jengka, dan Lebih dikenali sebagai Pusat Bandar Jengka. Infrastrukturnya adalah seperti berikut:

  1. Balora Mastika (Balai Orang Ramai Masyarakat Segitiga Jengka)
  2. UiTM Jengka
  3. Pejabat Pos
  4. Balai Polis
  5. Balai Bomba
  6. Kem Mahkota
  7. Kem JPA 3
  8. Mercu View Resort
  9. Sekolah Menengah Teknik Bistari (Ke 3di Malaysia )
  10. Hospital Jengka dan sebagainya

Copyright www.im2000.50megs.com

u